Friday, October 30, 2009

Ntah la apa masalah yang timbul lagi sekarang.. terus berdiam dan senyap seolah olah marah akan sikap saya... tetapi kenapa tak selidiki sendiri akan kesilapannya.. begitulah, manusia tidak boleh menilai diri sendiri tetapi perlu kepada muhasabah diri.. betul ke apa yang aku cakap? betul ke cara aku tegur?

Wednesday, October 28, 2009

Hari terus berlalu

asslamualaikum... hari ini memang membosankan bagiku.. dan hari ini dan juga tahun ini terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh... sekarang aku bebetul pening kepala.. kepala dah makin berserabut... apa taknya.. masalah adik beradik, masalah anak dan mak, masalah suami dan isteri..dan masalah kerjaya dari awal tahun hingga akhir tahun tak de perubahan yang mendadak yang menjurus kepada kesenangan.. terus menerus ujian melanda aku...hari ini juga amat membosankan kerana hari nih juga banyak benda yang terpikir dibenar fikiran aku..

Ya Allah kenapa berat sangat beban ujian yang terpaksa aku tanggung sekarang.. daripada masalah anak2 sehinggalah pada adik beradik dan ibubapa..

Saturday, May 2, 2009

Budu Awek Muda?




Kehebatan budu Kelantan

Sos ikan bilis yang diperam hingga hancur telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur. Kini makanan tradisional itu mendapat kebanggaan baru – dipeketkan dan dijadikan produk kecantikan.

BUDU sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka.

“Walaupun keluarga saya berketurunan Cina, namun kami selalu makan budu bersama ikan bakar dan ulam-ulaman,” akui Tan Chia Ying, 22.

Beliau yang tinggal di Kampung Panji, Kota Bharu, tidak malu mengaku makan budu sejak kecil. Keluarganya sering menyediakan budu yang diperah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang.

“Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya melihat masyarakat Cina di Kelantan makan budu. Malah ramai kenalan saya yang berketurunan Cina meminati budu,” katanya yang berkulit putih gebu.

Kartilawati Subari, 40, pula berkata, beliau sentiasa menyimpan bekalan budu di rumahnya untuk dihidangkan kepada keluarga.

Terang beliau, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan.

“Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda,” ujarnya sambil tersenyum.

Bagi seorang usahawan, Mat Ismail, 57, permintaan budu yang tidak pernah putus itu adalah satu idea perniagaan yang hebat.

Pada tahun 1978, Mat mula membuat budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat dengan bermodalkan RM1,500. Beliau menubuhkan syarikat Perusahaan Warisan Ketereh dan menggunakan biji ketereh sebagai tanda niaganya.

Selepas 30 tahun, ternyata budu telah memberi banyak kebanggaan kepada beliau.

Ia bukan semata-mata kerana beliau kini tinggal di rumah banglo dan memandu kereta Mercedes Benz.

Sebaliknya, Budu Ketereh beliau menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek. Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kosmetik.

Buat masa ini, Mat mempunyai sebuah kilang budu di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan dibantu 40 orang pekerja.




Hamidah dengan komsmetik dari budu.

Budu sekarang dah jadik barang kosmetik.. awek muda..

Khasiat Budu
1. Pengkaji Universiti Caroline Utara, AS Mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
2. Budu Berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolestrol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
3. Di Dakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantutkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan masalah perut kembung.

Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.

Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.

“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.

Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

TT Bukit Payung Ukiran Kayu



Gambar style 1840 punya...




cg tolahah khusyuk cuba cari sudut yang terbaik...


2 mei 2009 ikut sifu-sifu ke ukiran kayu di bukit payung... aku sorang jee pengguna olympus heheh.. hok lain nikon dan canon...tapi memang best dapat jugak sedikit ilmu.. mcmana teknik nak amik gambar.. pas tt kat ukiran kayu diorang pegi ke kemaman.. shooting motor cross aku tak dapek pogi sbb terpaksa jaga anak kat rumah petangnya..

Thursday, April 30, 2009

Pernikahan Sulaimi



Majlis pernikahan sepupu... lupa plak bila tarikhnya.. mintak tuan punya gambar kasi info skit ehhehe.. gambar tuh touch up skit bia nampak berseri guna photoshop... ejas soft skt.. sclupture dan juga exposure..bior nampak berseri skit...

Wednesday, April 29, 2009

Belakang rumah pon lawa..



Masa cuti balik Besut suka gi belakang rumah mak mentua... tenang dan damai...

Lagi gambar di jeram linang



Hai budak nih tak takut tercedera.. ye laa kat situ bukan dalam pun .. siru memang khas utk anak2 kecil bermain air...( lens 40mm - 150mm )



aku duk perati jee budak nih dah kat 20 min kat situ laa die mcm tak berani turun jee :) ( Lens 40mm - 150mm )



adik ipar.. duk khusyuk main air.. mode S speed 1/6 s kit lens

piknik ke Jeram Linang



Anak2 bersama dengan mak saudaranya...





Baru2 nih bawa anak main air kat Jeram Linang...kesian sbb dah lama mereka duk tanya bila nak gi main air.. jadik pada 25 hb bawa laa anak2 ke jeram tersebut.. bukan main suka lagi diorang... saya suka bawak anak2 ke jeram linang sbb terjamin dengan izinNya..manah tak perlu risau bila anak2 main air.. yer air utk kanak2 cuma parah lutut oang tua je...memang suka sgt mereka.... gambar atas anak sulong... pantang nampak air.. yang nih memang saya risau skit.. die tak kira dalam ke cetek air.



yang nih anak ke2.. dulu takut dengan,, tapi skrg.. lagi dasyat banding abangnya... tuh tengah sejuk terketar-ketar.. tapi seronok punya pasal...

Monday, April 27, 2009

Saman Oh Saman

Tak sangka tetiba aku dapat surat saman dari jpj mengatakan aku telah melanggar lampu merah pada 6/10/2008.. fuh lama jugak tuh.. jadik aku gi laa ke pejabat jpj utk mengesahkannya... dan bila tengok dlm komputer memang ada keta aku mereka tembak masa kereta aku duk tengah2 antara simpang 3 tuh.. aku heran jugakk kalau langgar lampu kuning biasanya... memang tak puas hati.. tapi nak buat mcmana.. aku ada tanya gak pegawai tuh ada tak keta aku sebelum lampu isyarat,.,, jawapnya tak dok...bengang pon ada.. aku pk.. mungkin masa aku langgar lampu kuning tetiba masa kereta aku duk tengah simpang tuh lampu tuh tukar kuning.. masa tuh laa mereka tembak dengan kamera... jadik aku pon apa lagi buat test lee tengok bila lampu kuning menyala berapa saat.,.. rupanya lampu kuning menyala 2 saat jee sebelum tukar menjadik merah.. aku tak heran kalau kebanyakkan kereta lain kalau lampu kuning.. die akan jadik merah masa kereta tersebut di tengah persimpangan...ye laa bila lampu kuning tereta kita dlm 20 30 meter lagi dr lampu isyarat mana boleh silap ari bulan org belakang langgar buntut kereta kita.. apa pon aku cuba lagi... 27/4/2009 dekat sabasun.. bila lampu kuning menyala aku brek kereta aku.. tak brek mengejut pon.. apa yang berlaku 2 kereta belakang kereta aku berlanggar satu sama lain..kekadang bagi aku jpj nih tak profesional jugak keje mereka.yang mereka tau keluarkan surat saman..

Tuesday, April 21, 2009

Nak matikan ikan yang hendak di masak

Semalam mengikuti ceramah agama Ustaz Azhar Idrus di masjid pengadang baru... semasa sesi menjawap solan aku tertarik dengan 1 soalan yangdikemukan.. iaitu macamana nak matikan ikan yang hendak di masak sbb kekadang ada orang buat dengan memukul kepala ikan tersebut.. jawapan ustaz adalah dengan cara menyembelih ikan tersebut.. hai pening jugak nak semelih kan mana.. akhirnya ustaz azhar terlah memberitau untuk mematikan ikan dengan cepat ialah dengan menyembeli ( memotong ekornya ) sbb di situ la terletaknya nyawa ikan tersebut dan ikan cepat mati.. hmmm kene cuba sekali nih ehhehe

Monday, April 20, 2009

Labah-Labah



tak laa makro sangat sbb guna kit lens jee :))



Belut Oh Belut



Berapa ramai yang suke makan belut ehhehe mungkin ramai yang geli geleman.. ye laa macam ular...tapi kalau korang rasa sendiri daging belut fuh.. dagingnya sgt manis..



hah nih gambar belut yang sudah dipancung oleh adik ipar untuk di siang siang .. apa pun dulu aku pon geli jugak nak makan belut.. fisrt time makan belut tuh geli jugak.. tapi kene kosongkan otak.. belut adalah ikan panjang bukannya "chewe" ...

Masjid UDM



Masjid Kristal selepas di edit dalam teknik HDR...saja jee gatal tangan .. tuh main tekan tekan jee.. rasa dah kene citarasa sendiri baru laa save :)



masjid Universiti Darul Iman pada waktu malam.. gambar nih di ambil selepas solat maghrib..

Tebuan




Bosan plak ari nih.. ada lagi beberapa biji laptop untuk diformatkan tetapi banyak masalah plak.. cdrom rosak laa hardisk nazaklahh dan mcm2 lagi... jadik ari nih aku nak relaks jap.. sambil tuh tengok laa gambar lama2.. asyik duk tengok terpandang gambar tebuan yang penah aku amik.. teringat lagi waktu kecik2.. tebuan nih jenis biasa buat lubang kat tiang rumah atau apa apa tiang laa.. jadik masa kecik dulu suka buat radio tebuan.. yang bestnya cara nak tangkap tuh.. 1 kene sediakan sedikit kain.. sebiji tin susu dan kayu.. caranya ikat kain tuh pada tapak tin yang belum ditebuk kemudian rapatkan pada lubang sayang tebuan tuh pastuh guna kayu ketukan tiang tuh sehingga tebuan tuh keluar .. bila keluar terus jee tutup kain tuh dan ikat dengan getah gelang.. jadik nak mainkan die.. pcict tebuan yang terperangkat dalam kain yang di ikat dengan tin.. maka berbunyi laa suara merdu tebuan tuh bila mana die berbunyi dan getaran bunyi tebuan tuh mengalir ke tin susu tuh heheh..kalau citer jee susah nak paham.. nanti aku tunjukkan caranya.. mana tau kut kut budan zaman sekarang berminat nak cuba hehehe...




Saturday, April 18, 2009

Perkahwinan Mohd Hafizul Dan Norhida

Wah seronoknya di suap heheh... nanti mintak suap sokmo.. nayer nanti hehehe


aku ada ckp beberapa faktor yang menyebabkan smuanya nak cepat tapi banyak lambat sbb nya plan tersasar dari target hehehe..1 lagi.. kedua dua ayah pengantin masuk icu ( masuk pada hari yang sama plak tuh.. sorang kene strok dan sorang lagi kene serangan jantung )jadik masa tuh smua nak cpt belaka ( moga kedua-duanya cepat sembuh dengan izinNya )hinggakan gambar dalam bilik dpt sekeping jee :)).. sbbnya pengantin lelaki nak cpt pergi melawat ayahnya di spital kuala terengganu.

Perkahwinan Mohd Hafizul Dan Norhida


Berlangsung pada 28 Mac 2009 dimana bernikahan dibuat disurau Kg Pak tuyu dan juga persandingan berlangsung pada hari yang sama. Alhamdullillah pada hari tuh cuaca sgt elok .. elok pon panas terik jugak :)) .. dah kawasan pantai memang terasa peritnya dahaga bukan kemain... tapi prinsip saya kene habiskan keje dulu.. tak banyak gambar pengantin yang di snap kerana beberapa faktor..

Perkahwinan Mohd Fauzi dan Noor Haslinda





Gambar-gambar majlis perkahwinan. Tetapi majlis ini memang sedikit mencabar diri saya orang yang berjinak dalam dunia fotografi, apa taknya... banyak yang kelam kabut :).. bukan pengantin jee kelam kabut.. saya pon.. tambahan pulak waktu ujan lebat menyebabkan masa santapan pengantin kat luar abis basah . risau gak.. pasal kamera yee kamera bukan harga ratusan tapi ribu jugak harganya heheh..

Majlsi pernikahan Noor Haslinda

Kerja pertama saya sebagai jurugambar pada 13 mac 2009 iaitu pernikahan Mohd Fauzi dan Noor Haslinda.. Majlis pernikahan diadakan pada pukl 10 malam manakalah majlis perkahwinan diadakan pada hari sabtu 14 mac 2009. Susah skit nak amik gambar dalam keadaan majlis tersebut padat dengan kedua-dua belah pihak.. dah tuh keadaan suram menyebabkan saya pening kepala.. akhirnya saya terpaksa guna kertas putih utk mendapatkan gambar yang sedikit baik..